Saturday, November 21, 2015

Khatam Suah Al-An'am

Al-An’am, dari Ayat 151~160.  

151. Katakan lah; “marilah ! supaya aku bacakan apa yang Tuhan kamu haramkan atas kamu, ia itu bahawa janganlah kamu sekutukan dengan dia sesuatu, dan hendaklah kamu berlaku baik kepada ibu bapa, dan jangan lah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kepapaan, kerana kami memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka , dan jangan lah kamu hampiri kejahatan,  yang terang daripadanya dan yang teresembunyi, dan jangan lah kamu membunuh jiwa yang Allah haramkan, melainkan  dengan hak. Demikianlah Allah perintah kamu, supaya kamu mengerti”.

152. “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim, melainkan dengan cara yang baik, sehingga ia sampai umur, dan sempurnakan lah sukatan dan timbangan dengan adil”. Kami tidak memberatkan sesorang, melainkan dengan apa yang bisa ia kerjakan, “dan apabila kamu berkata-kata, hendaklah kamu lurus, walau pun ia itu kerabat kamu, dan sempurnakan lah janji Allah, demikian lah ia perintah kamu, supaya kamu ingat”.

153. “Dan bahawa sesungguh nya ini lah jalan mu yang lurus, oleh kerana itu, turutlah dia, dan jangan lah kamu turut jalan-jalan lain, kerana jalan itu akan pisahkan kamu daripada jalan nya, demikian lah ia perintah kamu, supaya kamu berbakti kepadanya.

154. Kemudian, kemi telah beri kitab kepada Musa sebagai menyempurnakan nikmat atas orang yang berbuat kebaikan, dan untuk menerangkan tiap-tiap sesuatu, dan sebagai pertunjuk  dan rahmat, supaya mereka percaya kepada pertemuan dengan Tuhan mereka.

155. Dan ini lah sebuah kitab yang kami turunkan dia yang diberi berkat.  Lantaran itu, turutlah dia, dan berbaktilah supaya kamu diberi rahmat.

156. Supaya kamu tidak berkata; “hanya diturunkan kitab agama atas dua golongan sebelum kami, dan sesungguhnya kami lalai dari bacaan mereka”.

157. Atau supaya tidak kamu berkata; “sesungguhnya kalau diturunkan atas kami kitab itu, tentu adalah kami lebih terpimpin daripada mereka”. Maka sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan dan pertunjukan rahmat dari Tuhan kamu. Oleh kerana itu, bukankah tidak ada yang lebih menganyanyai daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripada nya ? kami akan balas orang-orang yang berpaling daripada nya ? kami akan balas orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat kami itu dengan azab yang pedih, dengan sebab mereka berpaling.

158. Bukan kah tidak  mereka tunggu-tunggu melainkan kedatangan Melaikat kepada mereka atau kedatangan Tuhan mu atau kedatangan  sebahagian daripada ayat-ayat  Tuhan mu ? pada hari datangnya sebahagian daripada tanda-tanda Tuhan mu itu, tidaklah akan bermanfaat iman seseorang yang tidak beriman lebih dahulu nya atau tidak mengerjakan kebaikan pada  iman nya. Katakan lah; “hendaklah kamu tunggu, kerana  sesungguhnya kami juga menunggu”.

159. Sesungguhnya orang-orang yang membahagiakan agama mereka dan jadi beberapa golongan itu, bukan lah engkau dari golongan mereka tentang apa pun, tidak lain urusan mereka, melainkan kembali kepada Allah, kemudian ia akan terangkan kepada mereka apa yang mereka telah kerjakan.

160. Barang siapa kerjakan kebaikan, maka baginya ganjaran sepuluh kali ganda, dan barang siapa kerjakan kejahatan, maka tidak dibalas dia melainkan sebanyak kejahatan itu, dan mereka tidak akan dianyanyai.


.



.